Pertubuhan hidupan liar dari Brazil kebingungan apabila menemui bangkai ikan paus kelasa di dalam hutan Amazon. Mamalia seberat 10 tan itu ditemui terdampar di dalam hutan kira-kira 15 meter dari pantai di sebuah kepulauan Marajo, yang bukanlah habitat semula jadinya.

Sekumpulan dari pertubuhan haiwan liar menemui mamalia sepanjang 11 kaki itu selepas video haiwan malang tersebut tersebar luas.



Menerusi video tersebut, mamalia itu ditemui selepas beberapa ekor burung helang kelihatan berterbangan di atasnya.

Sekumpulan ahli biologi dari Institut Bicho D’agua bergegas ke tempat kejadian untuk mengetahui punca ikan paus itu terdampar jauh dari lautan.



Lokasi penemuan itu menimbulkan keraguan kerana kejadian tersebut berlaku pada musim sejuk di Amazon. Ini kerana kebiasaannnya spesis ikan paus ini hanya dijumpai pada musim panas di Lembah Amazon, apabila air laut memasuki kawasan sungai. Malah ketika ditemui, bangkai haiwan itu tidak mempunyai sebarang luka.

Penemuan aneh itu berjaya selepas cubaan kedua dan kumpulan pakar tersebut terus membedahnya untuk dapatkan sampel analisis.



Ikan paus itu sedikit kecil daripada saiz asal yang dianggarkan panjangnya lapan meter. Juga ianya berusia kira-kira satu tahun dan pakar mengandaikan teori haiwan itu kehilangan ibunya semasa proses migrasi.

Bagaimanapun mereka mengesyaki ikan paus tersebut terdampar di situ akibat ombak tinggi ketika ribut. Namun mereka masih tidak faham bagaimana dan mengapa haiwan seberat itu boleh terdampar ke daratan yang jauh lautan.